CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 12 August 2012

Akibat Tidak Mengamalkan Jual Beli Islam


Hikmah pensyariatan jual beli dari 3 sudut iaitu:

(A) INDIVIDU

i- Penjual

(a) Mendapat rahmat dan keberkataan daripada Allah dengan mengikut apa yang telah disyariatkan
(b) Dapat berniaga dengan aman tanpa berlakunya khianat mengkhianati antara satu sama lain.

ii- Pembeli

(a) Berpuas hati di atas urusniaga yang dijalankan kerana peniga menjalankan urusan mengikut syariat islam.
(b) Mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah di atas urusniaga yang berlandaskan syariat Islam
(c) Terhindar daripada siksaan api neraka.

(B) MASYARAKAT

(a) Menyenangkan manusia bertukar-tukarfaedah harta dalam kehidupan seharian
(b) Menghindarkan kejadian rampas merampas dan ceroboh mencerobohi dalam usaha memiliki harta
(c) Menggalakkan orang ramai supaya hidup berperaturan, bertimbang rasa, jujur dan ikhlas.

(c) NEGARA

(a) Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
(b) Dapat menarik pelabur asing untuk melabur dalam ekonomi negara.
(c) Menggalakkan persaingan ekonomi yang sihat sesama negara islam

Latihan

MATAPELAJARAN : AKHLAK ( TAHUN 5 )

1) Apakah hukum mencari rezeki yang halal?
    a. wajib                 c. sunat
    b. makruh              d. haram

2) Berikut adalah adab2 bekerja kecuali...
    a. rajin                   c. malas
    b. amanah              d. bertanggungjawab

3) Berikut adalah pekerjaan yang halal kecuali...
    a. menjual ikan       c. menjual dadah
    b. pemandu teksi    d. pemain bola

4) Umat Islam diharamkan bekerja sebagai...
    a. doktor                c. pencuri
    b. ahli politik           d. ahli sukan

5) Apakah ciri2 pekerjaan yang baik?
    a. malas                 c. amanah
    b. menipu               d. suka bergaduh 

6) Kita hendaklah berpakaian kemas dan menutup.............semasa bekerja.
    a. mata                  c.aurat
    b. muka                 d. kaki

7) Kita hendaklah menjual beli dengan barang yang............
    a. rosak                 c. berkualiti
    b. tamat tempoh     d. haram dijual

8) Ciri-ciri barangan jual beli dalam Islam ialah
    a. halal dan bersih     c. berkeadaan rosak
    b. tiada tanda harga  d. tiada manfaat

Ciri-ciri Barangan Jual Beli Dalam Islam