CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 9 August 2012

Solat Orang Uzur

Berdiri dalam solat-solat fardhu yang lima adalah wajib dan kewajipan ini merupakan salah satu dari rukun solat yang tidak diperselisihkan lagi di kalangan mana-mana ulama' sepanjang zaman. Perintah jelas dari Allah Azza waJalla: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardhu khasnya sembahyang wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyu'. [Maksud Surah al-Baqarah 2 - 238]. 
Kewajipan ini berkurang jikalau seseorang itu sukar melaksanakannya kerana sakit atau dalam suasana musafir yang sukar sepertimana yang akan diterangkan berikut ini. Akan tetapi jikalau seseorang itu sengaja solat tanpa berdiri tanpa sebarang keuzuran atau kesukaran maka solatnya itu adalah tidak sah kerana dia dikira sengaja meninggalkan salah satu dari rukun wajib solat.

Seseorang yang sakit dan tidak dapat berdiri maka dibolehkan dia bersolat secara duduk dan jikalau masih tidak boleh duduk maka dibolehkan dia bersolat secara berbaring di lambung kanan dan jikalau masih tidak mampu maka dibolehkan dia bersolat dengan berbaring menelentang. Apajua kesukarannya kewajipan solat tetap wujud atas dirinya dan dia tetap wajib melaksanakannya. Solat yang didirikan secara duduk atau berbaring jikalau benar-benar tidak mampu adalah dikira sah dan tidak perlu diulangi.




Add caption



No comments:

Post a Comment